'Ya Allah, bantulah kami agar kami sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik kepadaMu" Aku sekadar menumpang di dunia ini. Selagi ada umur, selagi itulah aku cuba berbakti, semoga aku dirahmati dan diberkati... Tuhanku... berilah aku hidayah untuk berbicara dari sudut hati dan pandangan mata... Amin..

MENGIKUT BLOG YANG BAIK KANDUNGAN DAN MANFAAT

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Followers

Wednesday, May 19, 2010

Tanda-tanda Kesayangan Allah



” Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya. “

Diriwayatkana oleh al-Hakim dari Abi Hurairah

TUJUANNYA

Kaya dan miskin sentiasa menjadi persoalan pokok dalam hidup manusia di dunia ini. Yang miskin ingin jadi kaya dan yang kaya ingin jadi lebih kaya lagi. Namun begitu keinginan untuk jadi kaya bukanlah merupakan satu dosa di sisi Allah, demikian juga keinginan menjadi lebih kaya. Tetapi yang sering menghilangkan pertimbangan manusia yang wajar dan yang sering menjadikan manusia lupakan daratan ialah perasaan tamak yang tidak mengenal batasnya, perasaan merasa tidak cukup yang tidak tahu sempadan.

Dalam hadis ini Allah mendedahkan dua sifat pokok yang membezakan di antara orang yang disayangi Allah dengan orang yang dibenci Allah. Sifat yang disayangi Allah ialah sifat memada dan sederhana. Setiap orang yang dapat menikmati sifat itu akan merasa dirinya benar-benar kaya dan merdeka. Ia tidak diburu oleh merasa kebimbangan yang bukan-bukan, tidak dirasuk oleh ketamakan-ketamakan yang boleh memesongkan jalan hidupnya yang baik, sementara sifat orang yang dibenci Allah ialah orang yang sentiasa merasa dirinya diancam kemiskinan, ia begitu takut jatuh papa dan miskin, begitu panik dengan kemerosotan kekayaannya walaupun kekayaan yang wujud dalam miliknya masih kukuh dan masih tidak seburuk orang lain.

Penyakit takut miskin atau ‘miskin fobia’ merupakan penyakit zaman moden yang amat ditakuti sekali, kerana itu sebilangan besar orang ramai melindungi dirinya dan anak buahnya dengan berbagai-bagai insuran dan menyapu dari jiwa mereka sebarang perasaan menyerah dan bertawakal kepada Allah yang menjadi sifat utama para Mukminin dan tidak kurang pula menjadi petualang-petualang yang bersedia untuk merompak apa sahaja peluang yang dapat membebaskan mereka dari ketakutan menjadi miskin. Dan penyakit inilah juga yang menjadikan mereka manusia-manusia bakhil yang hanya sibuk menghitung punca-punca masuk dan keluarnya duit-duit mereka, tanpa mengira kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan masyarakat.

Dalam surat Al-Isra’ ayat (100) Allah memberi satu sindiran tajam kepada manusia yang dikongkongi penyakit ‘miskin fobia’

” Katakanlah wahai Muhammad kalau kiranya kamu (wahai manusia) menguasai perbendaharaan-perbendaharaan nikmat Tuhanku tentulah kamu tahankan perbendaharaan itu kerana takut membelanjakannya, sesungguhnya manusia itu amat bakhil. “

Al-Isra’ (100)


Sedekah cara sembunyi lebih afdal


Al-MaghaRi berkata, ayat ini menunjukkan Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dinafkahkan oleh manusia dan akan membalasnya sama ada ia sesuatu perbuatan baik atau jahat. Seterusnya Allah menceritakan jalan dan cara untuk memberi sedekah, sama ada secara sembunyi atau terang-terangan dengan penerangan tindakan manakah yang paling afdal.

Firman Allah SWT: Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu.

Ibn al- Saib berkata, Allah menurunkan ayat 270 daripada surah al-Baqarah kerana sebelum ini orang Islam bertanya, “Hai Rasulullah, sedekah yang sembunyi lebih afdal atau secara terang -terangan?” Lantas turunnya ayat ini.

Al-Baghawi berkata, sama ada kamu zahirkan pemberian atau sembunyikannya, ia tetap sesuatu yang baik bagi kamu dan setiap yang diterima bergantung kepada niat yang benar. Akan tetapi sedekah dengan cara sembunyi adalah lebih baik. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud: Sedekah secara sembunyi boleh memadam kemarahan Tuhan.

Mengikut sabda Rasulullah SAW: Orang yang membaca al-Quran yang kuat sama seperti orang sedekah secara terang. Dan orang yang memperlahankan samalah seperti yang sembunyi dalam sedekah.

Justeru kata Ibn Kathir, sembunyikan sedekah lebih afdal bersandarkan ayat ini kerana ia lebih jauh daripada berlakunya riak dan membawa kepada penzahiran yang boleh mendatangkan maslahat yang berat seperti manusia mengikut dan bercontoh dalam sedekah.

Sayyid Qutub berkata: “Ayat ini mengandungi dua keadaan sedekah dan setiap keadaan disesuaikan dengan cara penangannya dan kedua-duanya diberi kepujian pada tempat masing-masing dan kedua-keduanya dijanjikan dengan penghapusan dosa.”

Firman Allah SWT: Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.

Ibn Jauzi berkata, perkataan min (dalam ayat ini) mempunyai maksud daripada mempunyai dua pendapat ulama:

lIa adalah tambahan.

lIa termasuk untuk sebahagian.

Abu Sulaiman al-Dimasqi berkata, wajah hikmah pada demikian itu bahawa hamba-hamba merasa takut dan malu.

Sayyid Qutub berkata: “Kemudian ayat yang berikut merangsangkan di dalam hati mereka perasaan taqwa dan perasaan segan melakukan dosa di satu aspek dan merangsangkan perasaan ketenteraman dan ketenangan di satu aspek yang lain, dan menghubungkan hati mereka dengan Allah tentang niat dan tindak-tanduk mereka dalam segala keadaan”.

Firman Allah SWT: Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ibn Kathir berkata, tiada sesuatu

pun yang sembunyi daripada pengetahuan Allah dan pasti ada yang membalasnya.

Sayyid Qutub berkata: Kita pastilah memerhatikan bagaimana al-Quran memberi bimbingan dan arahan yang panjang lebar mengenai infak dan bagaimana ia menggunakan berbagai-bagai cara galakan dan ancaman mengenainya supaya kita dapat memahami dua perkara (yang penting):

lMemahami betapa jauhnya pandangan Islam terhadap tabiat manusia dan perasaan tamak dan bakhil yang mengongkong jiwa, juga terhadap perlunya tabiat manusia itu digerak dan dirangsangkan secara berterusan supaya ia dapat mengatasi perasaan tamak dan dapat membebaskan dirinya daripada perasaan kikir dan bakhil dan dapat meningkat ke tahap yang luhur yang dikehendaki Allah.

lMemahami tabiat manusia yang dihadapi oleh al-Quran, iaitu tabiat manusia yang wujud di dalam masyarakat Arab yang amat dikenali umum sebagai murah hati dan dermawan, tetapi kemurahan dan dermawan itu adalah bertujuan untuk mendapat kemasyhuran dan sanjungan manusia agar berita-berita kemurahan mereka menjadi berita-berita yang dipindah-pindahkan ke merata perkhemahan.

Oleh itu bukanlah menjadi satu perkara yang mudah kepada Islam untuk mengajar mereka bersedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan semua ini, iaitu bersedekah kerana Allah semata-mata bukannya kerana manusia. Sudah tentu perkara seperti ini memerlukan kepada didikan dan asuhan yang lama, usaha-usaha yang banyak dan seruan-seruan yang berterusan ke arah keluhuran jiwa, keikhlasan dan kebersihan dan semuanya telah berlaku.

Iktibar Ayat:

lSyeikh Sya’rawi berkata, dengan mengkaji ayat-ayat infak kita dapati bahawa Allah menghalal di hadapan nafsu manusia setiap tingkap-tingkap kedekut dan memotong daripadanya setiap jalan yang membawa kepada kebakhilan dengan kurniaan Allah.

lKelebihan sedekah secara sembunyi.

lMengisbatkan sifat Allah dengan Maha Mengetahui.


Elak Kena Panah Beracun Iblis


ALLAH memerintahkan hamba-Nya yang beriman supaya menahan pandangan dan memelihara kemaluan. Perintah ini ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30).

Dalam ayat di atas, ada dua peringatan yang ingin dikhabarkan oleh Allah iaitu hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan dalam hal yang ditegah oleh Allah.

Mereka hendaklah menahan pandangan daripada perkara diharamkan. Janganlah melihat kecuali kepada hal dibolehkan untuk dilihat.

Jika tanpa sengaja pandangan tertuju kepada perkara yang diharamkan untuk dilihat, maka hendaklah segera memalingkan pandangannya. Ia seperti dinyatakan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali bermaksud: “Wahai Ali, janganlah ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua. Kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan pandangan kedua tidak untukmu (tidak dimaafkan).” (Hadis riwayat Abu Daud).

Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa apabila kita terpandang kepada perkara yang haram, maka dilarang mengulangi pandangan itu. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa pandangan yang kedua itu adalah berdosa. Tetapi, pandangan yang pertama itu boleh dimaafkan.

Dalam hadis lain, diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hindarilah duduk di tepi jalan. Kami bertanya: Wahai Rasulullah SAW, kami tidak dapat meninggalkannya kerana kami sudah biasa begitu! Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu merasakan tidak boleh meninggalkannya, maka berilah hak jalan. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah itu hak jalan? Rasulullah SAW berkata: Menundukkan pandangan, jangan mengganggu, menjawab salam dan berbuatlah kebaikan dan jauhkan daripada kemungkaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menjelaskan bahawa menundukkan pandangan itu adalah hak jalan yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Sekiranya seseorang itu duduk di tepi jalan, terlalu banyak pandangan yang terlarang ke atas mereka. Oleh itu, menundukkan pandangan boleh mengelak daripada mendapat dosa.

Bagi sesiapa yang memelihara pandangannya, maka Allah akan membalasnya dengan kemanisan dalam amal ibadat mereka. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menundukkan pandangannya, melainkan Allah akan menggantikannya dengan kemanisan dalam beribadah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Hal yang sama juga dinyatakan oleh Abdullah b Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya pandangan itu adalah salah satu daripada panah Iblis yang beracun. Barang sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan manisnya keimanan yang dapat dia rasakan di dalam hatinya.” (Hadis riwayat at-Tabrani).

Allah memerintahkan hamba-Nya memelihara pandangan daripada perkara yang haram kerana dengan pandangan manusia akan terjerumus kepada kemaksiatan kemaluan.

Bermula dengan pandang memandang yang dilarang itu, seseorang itu pula mahu berbicara atau mendengar suara seseorang. Apabila suka menyukai di antara dua insan, tidak mustahil mereka akan bertemu dan melakukan maksiat yang akhirnya terjebak kepada perzinaan.

Keadaan ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak Adam ditulis baginya bahagian daripada zina. Ia pasti melakukannya tanpa boleh menghindari, zina mata adalah memandang, zina lisan adalah berbicara, zina telinga adalah mendengar, zina tangan adalah menggunakannya, zina kaki adalah melangkah, jiwa berharap dan berhasrat, kemaluanlah yang membenar atau mendustakannya.” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari).

Oleh itu, setiap Muslim hendaklah memelihara anggotanya supaya jangan sampai terdedah kepada kemaksiatan yang boleh mengheret kepada perzinaan.

Mereka yang berjaya memelihara setiap anggota daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah dan mengarahkannya kepada perkara yang disuruh oleh Allah adalah orang yang bertakwa kepada-Nya. Imam al-Ghazali menegaskan orang bertakwa itu ialah mereka yang melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran anggota tubuh badan.

Justeru, umat Islam perlu menggunakan anggota mereka sebaik mungkin sebagai menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas anugerah yang tidak ternilai itu.

Bagi mereka yang diberikan sifat yang sempurna oleh Allah, perlu membuat perbandingan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Ia untuk menilai pemberian Allah ke atas mereka dengan melihat orang yang bisu, pekak, buta dan seumpama yang tidak diberi oleh Allah kesempurnaan pancaindera berbanding dirinya. Dengan itu mereka dapat menjaga serta menggunakan anugerah anggota dan pancaindera itu sebaik mungkin.

Mereka yang menjaga dan menggunakan anggota dan pancaindera dengan baik, Rasulullah SAW menjamin tempatnya di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa menjamin bagiku di antara dua janggutnya (mulutnya) dan dua kakinya (kemaluan), nescaya aku menjamin untuknya syurga.” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari)

INTI PATI

~Allah mengingatkan orang beriman supaya menahan pandangan dan memelihara kemaluan dalam perkara yang ditegah

~Haram mengulangi pandangan yang dilarang untuk kali kedua

~Allah membalas kemanisan dalam amal ibadat bagi mereka yang memelihara pandangan

~Memelihara pandangan dapat menghindari daripada terjerumus kepada zina

~Gunakan pancaindera sebaik mungkin sebagai menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah

Bersedekah demi keredaan Allah


Sayyid Qutub berkata: “Oleh sebab itulah satu peralihan pembicaraan dibuat iaitu daripada berbicara dengan orang-orang yang beriman kepada berbicara dengan Rasulullah SAW untuk menjelaskan beberapa hakikat yang besar dan mempunyai kesan yang mendalam dalam usaha menegakkan kefahaman Islam di atas asas-asasnya (yang kukuh) dan menegakkan tingkah laku Islam di atas jalannya (yang sebenar).

Ibn Abi Hatim meriwayatkan dengan isnadnya daripada Ibn Abbas r.a daripada Nabi SAW bahawa dahulu beliau menyuruh supaya jangan diberi sedekah melainkan kepada orang-orang Islam sehingga turun ayat di atas.

Ibn Jauzi berkata, sebab turunnya ayat ini kerana orang Muslim rasa kurang senang bersedekah kepada kaum kerabat mereka yang musyrikin, inilah pendapat jumhur.

Adapun urusan hati, hidayatnya dan kesesatannya, maka ia bukan urusan seseorang makhluk Allah walaupun dia itu Rasulullah SAW sendiri. Ia adalah urusan Allah Yang Maha Esa sahaja. Kerana hati itu adalah ciptaan Allah dan tiada siapa selain Allah yang boleh menguasai dan mengendalikannya.

Tiada siapa yang mempunyai kuasa-kuasa di atas hati-hati itu selain daripada Allah SWT. Tugas Rasul hanya menyampaikan perintahnya dan urusan hidayat terletak di tangan Allah. Ia mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari mereka yang diketahui wajar menerima hidayat dan berusaha untuk mendapatkannya.

Mengeluarkan urusan hidayat daripada ikhtisas manusia itu menjelaskan hakikat yang pasti ditanam di dalam hati setiap Muslim agar ia bertawajjuh kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dalam usahanya untuk mencari hidayat dan agar ia menerima bukti-bukti hidayat daripada Allah Yang Maha Esa sahaja.

Kemudian hakikat ini juga melapangkan dada Rasulullah Sahibud-Dakwah dalam menghadapi kedegilan orang-orang yang sesat. Kerana itu hatinya tidak merasa bosan terhadap mereka apabila beliau berdakwah kepada mereka, malah beliau menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka dan menunggu keizinan Allah semoga hati mereka mendapat hidayat semoga hati mereka mendapat hidayat dan semoga Allah memberi taufik kepada mereka ke arah mendapat makrifat Allah apabila Ia kehendaki.

Firman Allah SWT: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.

Sayyid Qutub berkata: “Oleh itu hendaklah engkau lapangkan dadamu kepada mereka dan banyakkan toleransimu kepada mereka dan hulurkan kebajikan dan pertolongan yang diperlukan mereka darimu dan serahkan perkara mereka kepada Allah dan ganjaran setiap pemberi bantuan tersimpan di sisi Allah”.

Dari sinilah kita dapat melihat beberapa kemuncak toleransi yang tinggi dan gemilang. Kemuncak inilah Islam mengangkat hati kaum muslimin dan melatih mereka supaya mencapainya.

Islam bukan sahaja menegakkan dasar kebebasan beragama dan bukan sahaja melarang paksaan memeluk agama, malah Islam menegakkan dasar yang lebih jauh daripada itu, iaitu ia menegakkan dasar toleransi insaniah yang diambil daripada arahan Allah SWT yang menetapkan seluruh orang yang memerlukan itu berhak mendapat pertolongan dan bantuan.

Selama mereka tidak berada dalam keadaan perang dengan kelompok muslimin. Tanpa memandang kepada agama mereka, juga menetapkan bahawa ganjaran bagi orang-orang yang memberi pertolongan itu tetap tersimpan di sisi Allah dalam segala keadaan selama infak itu bertujuan mencari keredaan Allah.

Itulah toleransi yang membangkit dan menampilkan umat manusia ke depan. Hanya Islam sahaja yang dapat melakukannya dan hanya orang-orang Islam sahaja yang mengetahui hakikat-hakikatnya.

Firman Allah: Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), Maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah.

Al-Zajjaj berkata, ini khusus bagi orang yang beriman di mana Allah mengajar mereka bahawa ia sungguh Maha Mengetahui kehendak mereka di sisi begitu juga memberi tahu mereka dengan sahnya qasad dan nawaitu mereka. Maka sesungguhnya Allah juga mengkhabarkan kepada mereka balasan.

Al-Hasaan al-Basri berkata, orang yang beriman nafkah untuk dirinya dan ia tidak infak untuk mencari keredaan Allah. Sedangkan Ata’ al-Kharasani berkata, yakni jika kamu kurniakan semata-mata kerana Allah maka tiada dosa dan kesalahan bagi kamu apa yang dikerjakannya.

Ibn Kathir menyatakan ini adalah makna yang baik. Kesimpulannya bahawa yang bersedekah semata-mata mencari keredaan Allah, maka sesungguhnya ia pasti mendapat pahala dan tiadalah ke atasnya sebarang dosa daripada nafkah yang dilakukan sama ada bagi orang baik dan orang jahat.

Begitu juga orang yang berhak atau tidak ia tetap mendapat pahala berdasarkan niatnya.

An-Nasafi berkata, bukanlah nafkah kamu kecuali mencari keredaan Allah dan menuntut di sisi-Nya.

Firman Allah: Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).

Al-Baghawi berkata, ayat ini mempunyai syarat jika sekiranya kamu nafkahkan daripada harta yang baik sudah pasti Allah membalas untukmu dan kamu akan termasuk dalam golongan seperti yang difirmankan Allah.

Sebagai penutup penulis menukilkan hadis Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Seorang lelaki pernah berkata: Aku akan bersedekah pada malam ini kemudian beliau keluar dan memberi kepada seorang penzina, keesokan harinya orang ramai bercakap penzina telah diberi sedekah. Lantas lelaki ini berkata, Ya Allah bagi kamu segala kepujian atas penzina tersebut dan aku akan bersedekah pada malam ini kemudian beliau keluar dan memberi sedekah pada orang kaya.

Keesokan harinya orang ramai berkata, orang kaya mendapat sedekah maka berkata lelaki tersebut, Ya Allah bagimu segala kepujian atas orang kaya. Pada malam ini aku akan bersedekah dan aku memberi kepada pencuri. Keesokan harinya orang ramai berkata, pencuri mendapat sedekah. Lantas katanya, Ya Allah, bagi kamu segala kepujian ke atas penzina, orang kaya dan pencuri. Kemudian datang dan dikatakannya adapun sedekah kamu diterima. Adapun penzina semoga ia menjaga maruah dengan sedekah tersebut dari berzina. Dan semoga orang kaya mengambil iktibar untuk menjadi orang yang berinfak ke atas kurniaan Allah. Dan semoga pencuri menjaga maruahnya dengan sedekah tersebut daripada mencuri. (riwayat Bukhari dan Muslim)Bersedekah demi keredaan Allah

Tanda Hati Yang Sihat


1.Hati yang selalu mencintai ALLAH dengan bukti ia banyak mengingatiNYa.

2.Hati yang sentiasa mendorong orang yang memilikinya untuk selalu kembali kepada Allah dan bergantung kepadaNya.

3.Jasmani merasa letih dalam berkhidmat kepada Allah, sementara hati tidak jemu.

4.Hati yang sentiasa merindui untuk berkhidmat kepada ALLAH.

5.Apabila tiba menunaikan solat, maka kegundahan dan masalah dunia terasa hilang baginya.

6.Hati yang begitu mengambil berat terhadap waktu, dikhuatiri waktu itu hilang tanpa melakukan ketaatan kepada Allah.

7.Hati yang sentiasa memberi perhatian terhadap kualiti amal berbanding kuantitinya.

8.Apabila ia tidak sempat berwirid kepada Allah, dia akan menyesal melebihi penyesalan orang yang kehilangan hartanya.

9.Hati yang menjadikan dirinya hanya untuk Allah – ketaatan hanya pada Allah.

10.Hati yang berasa tenteram bersama Allah – apabila mengadu kepadaNya.

11.Hati yang menjadikan kalam Allah sebagai sesuatu yang dicintainya.

No comments:

Post a Comment