'Ya Allah, bantulah kami agar kami sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik kepadaMu" Aku sekadar menumpang di dunia ini. Selagi ada umur, selagi itulah aku cuba berbakti, semoga aku dirahmati dan diberkati... Tuhanku... berilah aku hidayah untuk berbicara dari sudut hati dan pandangan mata... Amin..

MENGIKUT BLOG YANG BAIK KANDUNGAN DAN MANFAAT

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Followers

Wednesday, May 19, 2010

Kematian Adalah Ketentuan Allah



DAN Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berpaling tadah menjadi kafir?) dan ingatlah, sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu.) (Ali-Imran: 144)

HURAIAN

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Begitulah juga yang juga yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda juga adalah seorang rasul yang sama seperti rasul yang sebelumnya telah mati atau terbunuh seperti Nabi Musa yang telah wafat dan Nabi Zakaria dan Isa yang telah dibunuh. Namun kita pasti berpegang teguh dengan agama walaupun rasul yang telah membawa risalah telah mati atau di bunuh kerana rasul juga manusia seperti nabi-nabi yang lain. Mereka ada tugas yang akan selesai sebelum meninggal dunia.

Namun orang-orang yang berpaling dengan kembali kepada kekufuran kerana kelemahan iman mereka, ia sedikit pun tidak memberi kesan atau mudarat kepada Allah s.w.t. dari tindakan itu. Bahkan ia akan memudaratkan dirinya sendiri kerana mereka akan dibalas dengan seksaan api neraka akibat perbuatan mereka itu.

Seterusnya Allah s.w.t. akan memberi balasan pahala kepada mereka yang syukur di atas nikmatnya. Iaitu mereka yang taat perintahnya, berjuang untuk agamanya dan pengikutnya samaada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Mereka ini di beri rahmat dan fadhilat-Nya di dunia dan di akhirat di atas kesyukuran dan amalan mereka.

KESIMPULAN

Nabi Muhammad merupakan seorang manusia yang juga wafat seperti mana semua makhluk yang bernyawa yang lain. Namun orang Islam ditentukan agar berpegang teguh dengan risalah Nabi Muhammad s.a.w. walaupun Baginda sudah tiada lagi. Dengan itu Allah akan memberi balasan sebaiknya kepada mereka yang sentiasa syukur di atas semua nikmat-Nya.



Tiga Doa Mustajab


Rasulullah saw bersabda;
“Tiga jenis doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang bermusafir.”

(Hadith riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith:

Kita manusia terlalu banyak keperluan, hanya Allah swt sahaja satu-satunya tempat untuk kita mengadu, maka pergunakanlah saat ini sebaik-baiknya untuk berdoa, semuga segala hasrat baik kita akan tercapai.

Ketiga–tiga situasi di atas memerlukan ketahanan fizikal dan kekentalan spiritual yang tinggi dan Allah swt membalas lantaran sabar kerananya dengan anugerah yang setanding kehebatannya iaitu ‘kemustajaban doa’.

Sekiranya segala permintaan kita masih juga belum termakbul, cuba muhasabah diri kemungkinan kita masih belum menyempurnakan syarat-syarat kemakbulan doa atau permohonan kita tidak benar-benar jitu (yakin) terhadap Allah swt. Awasi diri daripada menzalimi orang lain dengan apa cara sekalipun, bimbang mereka termasuk di dalam golongan yang dinyatakan dalam hadith ini.

Sekiranya kita berada dalam situasi tidak tenteram, menghadapi musibah bersilih ganti, pekerjaan tidak menjadi, yang dikejar tak dapat yang dipegang lari, antara muhasabahnya ialah dengan merenung jauh ke lubuk hati berkemungkinan ia kesan doa orang yang teraniaya lantaran usaha kita sendiri.

Jika kita termasuk dalam golongan orang–orang yang dizalimi, berdoalah agar Allah swt memberikan taufik dan hidayah kepada mereka, bukan mendoakan keburukan sebagai membalas dendam sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Baginda saw kepada penduduk Taif. Bagi mereka yang sentiasa atau selalu keluar bermusafir, pergunakanlah senjata ampuh kalian di tempat yang sepatutnya.

Antara golongan yang sangat rugi ialah mereka yang berpuasa, dizalimi dan bermusafir tetapi tidak berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan Allah swt serta kebebasan daripada api neraka.


Kuasa sebagai ujian untuk disyukuri


SETIAP anak yang lahir akan menonjolkan kehebatan pertamanya iaitu tangisan memukau yang mengundang air mata kesyukuran ibu bapanya. Kemudian, timbul pula impian yang bermacam mengenai masa depan anak itu, dia mesti berjaya.

Jika boleh, jadi orang nombor satu di tadika, sekolah, kolej, Malaysia dan seluruh dunia. Akhirnya, menjadi barisan pertama yang masuk ke syurga Firdaus bersama Nabi dan Rasul, syuhada dan salihin.

Adakah impian itu akan menjadi kenyataan? Ramai ibu bapa yang takut bermimpi walaupun hanya sekadar merancang. Yang penting, apabila besar nanti anak itu tidak menyusahkan orang di sekelilingnya. Selamat, sejahtera sebagai Muslim beriman.

Setiap orang dilahirkan sebagai pemimpin. Lelaki dan wanita yang mengaku mukmin wajib menanamkan sifat kepemimpinan dalam diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya.”

Bahkan seorang wanita di rumah suaminya adalah ketua bagi urusan rumah tangga mereka. Mahu tidak mahu seseorang mesti bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya di dunia. Konsep kejayaan bagi pemimpin di dunia beragam mengikut kepercayaan, prinsip hidup dan latar belakang sejarah yang membentuk peribadi masing-masing.

Mungkin kita masih ingat sewaktu pertama kali didedahkan dengan tanggungjawab di sekolah. Memimpin kelas atau menjadi ketua kumpulan dalam projek yang diamanahkan guru. Ada rasa gementar kerana takut, malu dan bangga melalui pengalaman pertama sebagai manusia yang dipilih.

Seiring perjalanan masa yang berlalu dengan pantas, terbentuk jati diri yang dipengaruhi oleh persekitaran. Jiwa kepemimpinan itu lama kelamaan kian bergelora. Hingga Allah kurniakan pelbagai kenikmatan hidup di dunia yang menjadi pertaruhan terbesar dalam sejarah kehidupan kita.

Apa hendak dikata jika sudah menjadi suratan takdir bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Wakil Allah dalam mentadbir urus dunia sebagai bekalan menuju ke negeri abadi.

Menjadi resam kehidupan seorang pemimpin, dipuji dan dihina, sesekali difitnah, ada kalanya menjadi mangsa dengki dan dendam manusia. Namun, itu semua berbaloi dengan upah yang diperoleh jika dia ikhlas semata-mata kerana Allah.

Ketika dia memberi bantuan kepada yang memerlukan, dia tidak akan meminta balasan kerana yang berhak diminta balasan atas kebaikan kita hanyalah Allah.

Jika orang yang ditolong itu menderhaka kepadanya itu tidak membuatnya berkecil hati kerana dia yakin bahawa orang itu tidak membawa apa-apa makna dalam kepemimpinannya. Hanya Allah boleh menjatuhkan atau meninggikan setiap pemimpin di muka bumi ini.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim berkata: “Tahanlah dirimu daripada orang yang pujiannya tidak menambah kebaikan apapun pada dirimu dan orang yang hina tidak menjadikanmu terhina. Suka kepada pujian orang yang pujiannya dapat menjadikanmu mulia dan sukailah orang yang hinaannya menjadikanmu gelisah, semua itu tidak dapat diperoleh kecuali dengan sabar dan keyakinan.”

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar dan adalah mereka meyakini ayat kami.” (Surah Al-Sajdah, ayat 24)

Contoh kegelisahan positif seorang pemimpin mukmin ada dalam peribadi Umar bin Abdul Aziz yang memerintah selama 30 bulan saja. Suatu malam, ketika beliau bertugas mencatat dan mengamati perkembangan negara datanglah putera beliau menghadap.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai anakku, apakah urusan kamu berhubung dengan hal ehwal umat ini atau hanya urusan keluarga saja? Anaknya berkata dari luar kamar: “Ini urusan keluarga, wahai ayahanda.”

Tiba-tiba lampu pelita yang digunakan dipadam sehingga keduanya bergelap. Umar berkata: “Sesungguhnya minyak lampu ini dibeli daripada harta negara dan hanya boleh dipergunakan untuk urusan negara, adapun kamu datang sebagai seorang anak kepada ayahnya. Maka kita tidak berhak atas lampu ini.”

Begitu halusnya perkiraan seorang pemimpin yang sedar bahawa dirinya adalah wakil Allah dalam mempergunakan harta rakyat. Maka segala tindak-tanduk dihitung sehalus-halusnya untuk membuktikan kepada Allah bahawa dia dapat dipercayai.

Dia yakin tempat teguh pemerintahannya hanya berdiri di atas landasan neraca keadilan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah meninggikan langit dan dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas mengenai neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (Surah al-Rahman, ayat 7-9)

Cita-cita tertinggi seorang pemimpin yang beriman adalah menjadi orang yang dikasihi rakyatnya. Berjaya atau tidak karier kepemimpinan dalam membina umat bukan menjadi kuasa dirinya, semua itu berada dalam kudrat Allah.

Dia hanya menjalankan tugas tetapi yang menentukan berjaya atau tidak adalah Allah. Dia hanya mengharap pahala daripada Allah sehingga tiada rasa putus asa jika ditakdirkan gagal. Usaha mereka yang berada di barisan hadapan berjaya, mereka perlu memiliki sifat dan karakter yang menonjol berbanding dengan yang dipimpin.

Al-Quran ada menyebut beberapa sikap pemimpin yang sempurna yang dijanjikan akan berjaya membawa rakyatnya kepada kemenangan antaranya pemimpin yang memandang kekuasaan itu sebagai suatu ujian yang patut di syukuri.

Sifat berhati-hati dengan kemewahan dunia supaya dunia tidak memperdayakannya. Menerusi firman Allah, kita dapat melihat sejauh mana kerosakan yang ditinggalkan oleh pemimpin dan umatnya yang gila terhadap dunia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang sudah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.” (Surah Al-Anam, ayat 44-45)

Pemimpin yang memiliki sifat paling depan selayaknya mendapat gelaran al-Sabiqun, iaitu orang yang paling ke hadapan dalam berbuat kebaikan. Jumlahnya hanya sedikit sehingga sahabat Rasulullah SAW berlumba dengan amalan mereka untuk mencapai darjat al-Sabiqun yang berada dekat di sisi Tuhan mereka.

Sakit Hapuskan Dosa


DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

No comments:

Post a Comment