'Ya Allah, bantulah kami agar kami sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik kepadaMu" Aku sekadar menumpang di dunia ini. Selagi ada umur, selagi itulah aku cuba berbakti, semoga aku dirahmati dan diberkati... Tuhanku... berilah aku hidayah untuk berbicara dari sudut hati dan pandangan mata... Amin..

MENGIKUT BLOG YANG BAIK KANDUNGAN DAN MANFAAT

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Followers

Wednesday, May 19, 2010

Jangan Sampai Kita Memiliki Iman Dan Keyakinan Yang Lemah


Syaikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan :

“Barangsiapa yang menyangka terlepasnya kasih sayang Allah daripada kudrat-Nya, maka yang demikian itu (menandakan) kedangkalan pengetahuannya.”

Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa Allah Ta’ala itu mencurahkan kasih sayang-Nya dengan mendatangkan berbagai cubaan kepada hamba-Nya. Oleh yang demikian, jika ada orang yang merasakan dirinya tidak memperoleh rahmat atau kasih sayang daripada Allah ketika dia menerima cubaan, beerti iman dan keyakinannya amat lemah sekali.

Allah menyindir orang yang berfikiran seperti ini dengan firman-Nya yang berbunyi :

“Ada antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap. Maka jika dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan jika dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan akhirat, itulah kerugian yang nyata.” (Surah al-Hajj : 11)

Menurut al-Nadawi, kebanyakan manusia itu menganggap bahawa cubaan atau ujian hidup itu boleh melemahkan cita-cita dan melumpuhkan keyakinannya. Kerana pada dasarnya manusia itu hanya mengingini yang mudah-mudah dan tidak mahu menghadapi kesusahan apalagi cubaan hidup. Bagaimanapun, bagi orang-orang yang beriman dan yang mahu memperkukuh serta menyempurnakan akidahnya, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangatnya untuk mengabdi kepada Ilahi serta meningkatkan ketakwaannya kepada-Nya.

Lebih lanjut, al-Nadawi mengatakan, jika cubaan-cubaan hidup yang di alami semakin sering menimpa seseorang, maka mereka percaya bahawa yang mendatangkan semuanya itu adalah Allah yang merupakan iradah Ilahiyyah dan hikmah Rabbaniyyah.

Orang yang demikian inilah yang dikehendaki oleh Allah sebagaimana yang dinyatakan-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud :

“Dan betapa banyaknya Nabi, yang sebahagian besar pengikutnya berperang bersama-sama dengan mereka. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak pula lesu serta tidak menyerah kalah (kepada musuh). (Ingatlah) Allah Maha Mengasihi orang-orang yang sabar.” (Surah Ali-Imran : 146)

Sehubungan dengan perbincangan ini, adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, antara lain ialah :

  • Dasar iman

Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, untuk membangun gedung yang tinggi, yakni cita-cita yang luhur diperlukan dasar yang kuat, yakni iman dengan segala rukun dan ketentuannya. Sehingga walau bagaimanapun besarnya badai yang menghempas, ia akan tetap berdiri kukuh di atas dasarnya. Maka untuk menguatkan asas iman tersebut, kita perlu memperhatikan serta merenungkan nasihat hukamak sebagai berikut :

“Janganlah terlalu mengharapkan yang manis sahaja dalam hidup ini, kerana seringkali yang manis itu menyebabkan sakit perut. Dan jangan pula takut menghadapi yang pahit, kerana biasanya dalam yang pahit itu terkandung ubat yang mujarab.”

  • Kemurnian iman

Salahuddin al-Ayyubi adalah seorang pahlawan Islam yang sangat terkenal, ketika berlakunya perang salib (abad ke 6H), beliau telah berhasil membawa ummat Islam ke puncak kejayaan yang paling gemilang dalam sejarah. Beliau adalah seorang yang sangat taat melaksanakan solat dan berpuasa ketika bertempur melawan tentera kuffar, beliau juga rajin melakukan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah. Di antara doa beliau yang terkenal :

“Ya Allah! Sesungguhnya telah putuslah kemampuan-kemampuanku di bumi ini dalam menolong agama-Mu. Tiada lagi yang tinggal, kecuali berhubungan dengan Engkau, berpegang kepada tali-Mu dan kurnia-Mu. Engkaulah sebaik-baik tempat aku berserah diri.”

Dengan kekuatan iman itulah akhirnya Salahuddin al-Ayyubi dengan bala tentera muslimin, walau jumlahnya jauh lebih sedikit daripada kaum kuffar, namun dengan keteguhan iman dan keyakinan yang tidak berbelah bagi serta dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, mereka mampu mengalahkan bala tentera kuffar yang jumlahnya jauh lebih banyak dan memiliki persenjataan yang serba lengkap.

“Andaikata cahaya keyakinan itu telah menerangi hatimu, nescaya engkau dapat melihat akhirat itu lebih dekat kepadamu daripada engkau berjalan menuju kepada-Nya, juga engkau dapat menyaksikan segala keindahan dunia dengan jelas yang telah diliputi oleh puing-puing kerosakan yang bakal menghinggapinya.” (Syaikh Ibnu ‘Athaillah)

1 comment:

  1. salam ziarah..
    syukran atas perk0ngsian..
    cukup bererti dalam meningkatkan tasawuf diri..
    m0ga yakin kita terpelihara dengan kasih sayang-Nya..ameEn

    ReplyDelete