'Ya Allah, bantulah kami agar kami sentiasa ingat, bersyukur dan beribadah dengan baik kepadaMu" Aku sekadar menumpang di dunia ini. Selagi ada umur, selagi itulah aku cuba berbakti, semoga aku dirahmati dan diberkati... Tuhanku... berilah aku hidayah untuk berbicara dari sudut hati dan pandangan mata... Amin..

MENGIKUT BLOG YANG BAIK KANDUNGAN DAN MANFAAT

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"

Followers

Monday, April 26, 2010

dosa-dosa besar


dr sumber ilmuan:::


http://resepirahsiaku.blogspot.com/


Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:


01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 -
Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 -
Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 -
Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 -
Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 -
Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 -
Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 -
Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 -
Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 -
Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki


DOSA-DOSA BESAR DAN YANG PALING BESAR

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:


Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.


Hadis Abu Hurairah r.a:


Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina


Hadis Anas bin Malik r.a:


Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata pals.


Hadis Abu Bakrah r.a katanya:


Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut.


Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:


Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu.


DI BULAN YANG BAIK INI YA ALLAH SWT AMPUNILAH HAMBA-HAMBA MU YANG TELAH MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR INI, SEDAR ATAU TIDAK DAN JAUHILAH AKU MENGULANGI MELAKUKAN DOSA-DOSA INI LAGI. AMIN.

Wednesday, April 21, 2010

Suami bertanggungjawab



Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan, ayat 74)

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya.
Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak hingga menjadi isteri serta anak yang baik dan beriman, wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah seperti disebutkan dalam hadis.

Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan sebagai imam kerana banyak pengabaian tanggungjawab dilakukan oleh mereka. Tidak dinafikan banyak kes kaki suami yang hinggap di pundak isteri mahupun anak tanpa perasaan belas kasihan.

Selalu benar seorang suami itu cenderung mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Isteri solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak tanpa terlebih dulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul.

Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepemimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita.

Cakap serupa bikin antara kunci kejayaan suami yang menjadi imam kepada makmum iaitu isteri serta anak dalam sebuah rumah tangga yang bertakwa.

Monday, April 19, 2010

Adam, jangan salahkan Hawa



Sebagai seorang perempuan yang baru ingin bergelar wanita, saya amat terpanggil untuk menulis di ruangan ini. Sewaktu kecil dulu, ketika baru belajar mengenai kelebihan satu darjat lelaki berbanding perempuan, saya begitu sakit hati apabila memikirkannya. Ditambah pula dengan kisah-kisah zaman Jahiliah di mana wanita bagaikan barangan murahan. Sesuka hati diperlakukan kebanyakan lelaki bersifat binatang. Tidak melampau saya katakan saya rasakan dunia ini tidak adil lebih-lebih lagi dalam sesetengah tradisi yang terlampau melebihkan lelaki. Baik dari segi layanan, kedudukan dan keistimewaan.

Saya benci kepada lelaki yang tidak hebat tetapi kecoh menjaja ‘kehebatan’ lelaki.

Mungkin ketika itu saya masih mentah untuk mengadili. Namun, seiring dengan usia saya mula memahami, kelebihan satu darjat dalam Islam bukanlah ‘tiket’ utuk hak-hak yang lebih semata-mata tetapi adalah penekanan ‘kewajiban’ tanggungjawab yang lebih.

Wanita sajakah yang bersalah sedang lelaki yang sepatutnya memimpin wanita itu yang merosakkannya? Bukankah lelaki yang ‘lebih’ bersalah berdasarkan tanggungjawabnya yang lebih? Persoalan ini tiada maknanya untuk lelaki-lelaki durjana kerana mereka bukan lagi khalifah amanah yang punya akal dan hati. Justeru, sebagai insan bergelar wanita, pandai-pandailah menjaga diri. Wanita yang baik itu lebih baik dari seribu lelaki yang baik dan wanita yang keji itu lebih keji dari seribu lelaki yang keji. Martabat sesuatu kaum terletak pada martabat wanita-wanitanya. Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan betapa martabat wanita itu sangat penting, genting, fleksibel dan julat darjat itu juga sangat besar. Pilihlah yang terbaik untuk diri dan utamakanlah keimanan agar mendapat ketenangan abadi.

Tidak lupa buat suami-suami yang begitu angkuh dengan kuasa seorang suami, sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang berbuat baik pada isterinya. Jangan hanya tahu melabelkan seorang isteri itu berdosa tanpa melihat dosa sendiri. Seorang suami tidak akan masuk syurga selagi isterinya belum layak ke syurga. Sebagai contoh, benar seorang isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami, tapi sudahkah si suami menjaga hati isterinya? Syurgakah rumah itu buat isterinya? Tidak berdosakah dia menyakiti hati wanita yang rapuh seperti kaca? Isteri juga seorang manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan seperti juga suami.

Jiwa seorang wanita itu sangat perlu kepada kasih sayang dan perhatian, berikanlah keperluan hakiki ini supaya seorang isteri itu bahagia di samping suami tercinta. Belajarlah menjadi pemimpin yang bukan sekadar dihormati tapi juga amat dikasihi supaya nanti lelaki juga merasa damai dan bahagia nikmat dari kepimpinan sejati. Renungkanlah generasi Adam dan Hawa.

Sunday, April 18, 2010

Wajib Bayar Hutang Walaupun Meninggal



DARIPADA Abu Hurairah katanya: ”Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu, sahabat tidak senang terhadap orang itu.

Maka, bersabda Nabi SAW:” Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!” Berkata sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya. Sabda Baginda: “Belilah, kemudian berikan kepadanya.

Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.

Bukan itu saja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya.”

Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Khasiat Bawang Putih




Bawang Putih Sebagai Penawar Kepada Pelbagai Jenis Penyakit

Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaituAllium sativum adalah merupakan salah satu herba yang amat dikenali kerana keberkesanannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Bawang putih adalah termasuk dalam family Liliaceae dan ia juga adalah dalam kumpulan yang sama dengan bawang merah.

Suatu keajaiban kini kerana bawang putih muncul sebagai suatu tumbuhan yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. Antara penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan penawarnya untuk merawat pelbagai jenis penyakit.


· Bawang putih dan tekanan darah tinggi

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal.

Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.

Satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang doktor dan pengamal naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang warganegara Denmark dan pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah. Ahli sains Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini benar dan mendakwa tekanan darah turun dalam masa sejam setelah diberikan dengan bawang putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah naik.



· Bawang putih dan masalah-masalah pernafasan

Bawang putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti dalam merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain. Berabad-abad lamanya orang-orang China, Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang putih boleh menyembuhkan masalah pernafasan.

Dioscorides, seorang ahli perubatan Greek yang menjadi doktor rasmi tentera-tentera pada abad ke 2, menyatakan bawang putih sebagai rawatan kepada masalah yang berkaitan dengan paru-paru. Seorang naturalis abad pertama Rom mengatakan bahawa bawang putih dapat menyembuhkan masalah batuk kering.

Ke semua kenyataan ini adalah disebabkan kuasa bawang putih sebagai antiseptik dan pembunuh kuman. Bawang putih yang telah dikupas dan apabila diletakkan berhampiran dengan kuman, ia dikatakan dapat membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula eter bawang putih begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi. Ia boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru.

Messegue, seorang pakar herba terkenal Perancis menyatakan, pesakit-pesakit bagi kes-kes seperti lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain sembuh. Salah seorang rakannya telah menjadualkan hasil rawatan Messegue. Bagi penyakit-penyakit pernafasan, rekodnya adalah seperti di bawah.

Penyakit

Pulih

Peningkatan

Tidak diketahui

Lelah

60 %

30 %

10 %

Bronkitis

10 %

80 %

10 %

Emtisema

10 %

70 %

20 %

Oleh itu tidak hairanlah bawang putih menjadi salah satu herba yang penting untuk individu yang menghadapi masalah-masalah pernafasan.

· Bawang putih dan kencing manis

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.

Dalam kes penyakit kencing manis ini, pankreas tidak boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi. Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia masuk ke dalam air kancing.

Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini beruapaya dalam merawat penyakit kencing manis.

d. Bawang putih dan sakit perut

Bawang putih juga berupaya memberi rawatan kepada individu yang mempunyai masalah sakit perut dan usus sekiranya ia diambil secara berterusan. Menurut seorang saintis yang terkemuka dan pakar dalam terapi bawang putih, bawang putih mengandungi allicin yang merangsang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim pencernaan. Namun perlu diingatkan, bawang putih yang ingin diamalkan hendaklah dicampurkan dengan makanan-makanan yang lain.

Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran. Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan keberkesanannya.

e. Bawang putih dan anemia

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana anemia. Anemia bermakna keadaan badan yang tidak boleh mengahasilkan hemoglobin yang secukupnya. Anemia boleh terhasil daripada ketidakcukupan protein, iodin, kobalt, kuprum vitamin C atau sebahagian vitamin B.

Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan bawang putih sebagai makanan yang baik untuk pesakit-pesakit anemia dan antaranya ialah:

~Bawang putih meningkatkan penyerapan vitamin B, terutamanya vitamin B-1

~Bawang putih mengandugi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi. Selain itu ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan vitamin C daripada makanan lain. Vitamin C meningkatkan asimilasi zat besi daripada makanan.

Oleh itu, dengan mengamalkan bawang putih dalam makanan seharian, secara tidak langsung akan menghindarkan seseorang itu daripada mendapat penyakit anemia. Pesakit-pesakit yang sudah lama menderita pula secara tidak langsung akan mendapat rawatan dan mempunyai harapan untuk sembuh.

f. Bawang putih dan artritis

Artritis atau rheumatisme ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan degenarasi tisu sendi akibat kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan kekurangan vitamin B.

Bawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.

Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).

Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya.

g. Bawang putih dan permasalahan wanita

Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.

Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Uterus boleh menjadi seperti terbakar . Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.

Kesimpulannya, bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

h. Bawang putih dan ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.

j. Bawang putih dan cirit birit

Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit. Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau dadih.

Dr. E. Roes yang menulis dalam " Munchener Medizinische Wochenschiff" , sebuah majalah perubatan Jerman bertarikh 25 September 1925, memberitahu tentang kejayaannya dalam merawat pelbagai penyakit usus yang kebanyakannya melibatkan cirit birit. Menurutnya, bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi.

Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin, dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian bawang putih, 2

atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati dirinya telah sembuh.

k. Bawang putih dan kolesterol

Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

PENUTUP

Namun dalam masyarakat hari ini, amnya dalam masyarakat Malaysia, bawang putih hanya terkenal dalam masyarakat melayu sahaja dan tidak kepada masyarakat-masyarakat yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya ialah kemungkinan mereka tidak mengetahui akan kebaikan bawang putih itu sendiri.

Selain itu, setiap masyarakat sudah semestinya mempunyai kepercayaan masing-masing dalam merawat penyakit-penyakit. Kemungkinan mereka mempercayai tumbuhan unik yang lain dalam merawat penyakit-penyakit. Sesiapapun tidak boleh menafikan hal ini.

Walaubagaimanapun, terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesannanya.

Untuk tempahan , KLIK

lah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Ambil seikat dauh sirih dan bersihkan terlebih dahulu. Tumbuk sirih tersebut separuh hancur atau jika anda ingin cara yang mudah, memadailah dengan meramasnya secara kasar. Kemudian campurkan sirih yang telah ditumbuk atau diramas tadi dengan air suam di dalam bekas sederhana besar.

Setiap kali anda mencuci bahagian sulit anda, gunakan air rendaman tadi pada bilasan terakhir. Amalkan sehingga anda tidak lagi merasa gatal di bahagian tersebut. Selain mampu menghilangkan keputihan, anda juga pasti merasa selesa.

Friday, April 16, 2010

Gopoh


  • SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.
  • Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.
  • Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.
  • Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.
  • Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.